Kesan Penggunaan Peta Pemikiran Dalam Program i-THINK Terhadap Peningkatan Tahap Penguasaan Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam

  • Zakaria Z
  • Abdullah N
  • Ahmad Mahir N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
58Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Program i-THINK adalah satu program hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir di kalangan para pelajar ke arah menghasilkan para pelajar berinovatif. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan peta pemikiran di dalam program i-THINK bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar tahun 5  dalam subjek Pendidikan Islam di bawah topik Tayammum. Peta pemikiran i-THINK berbentuk peta buih berganda telah dipilih untuk digunakan untuk kajian ini. Pelbagai teknik kajian digunakan untuk memperolehi data iaitu temubual, soal selidik dan ujian pra dan ujian pasca. Hasil kajian mendapati dengan penggunaan peta pemikiran i-THINK ini, minta para pelajar terhadap pembelajaran meningkat dan secara tidak langsung ia membantu mencetuskan inovasi dan kreativiti di kalangan para pelajar. Sekali gus, ini meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mereka.

Cite

CITATION STYLE

APA

Zakaria, Z. A., Abdullah, N., Ahmad Mahir, N., Selamat, S., & Md Bahir, K. (2021). Kesan Penggunaan Peta Pemikiran Dalam Program i-THINK Terhadap Peningkatan Tahap Penguasaan Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Sains Insani, 6(1), 150–154. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.267

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free