Pengaruh Kefahaman dan Penerimaan Rakyat Malaysia Terhadap Perjuangan Ideologi DAESH

  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
22Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pengembangan ideologi kumpulan Daesh yang disebarkan melalui media sosial merupakan satu fenomena yang menarik dalam menganalisis radikalisme dan terorisme global masa kini. Daesh telah menggunakan pendekatan keganasan seperti pengeboman berani mati, serta penyembelihan dan pembakaran tangkapan bagi mencapai objektif politik perjuangan mereka. Ideologi kumpulan ini yang bersandarkan kepada Salafi dengan pengaruh kuat idea Wahabbi telah berkembang dari Asia Barat sehingga ke Asia Tenggara termasuk Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap dan pendirian rakyat Malaysia yang beragama Islam terhadap perjuangan politik Daesh. Kajian menggunakan metode gabungan kuantitatif dan kualitatif yang dijalankan melalui pendekatan soal selidik dan focus group discussion (FGD). Sebanyak 5,232 responden dipilih secara rawak mewakili tiga sektor, iaitu keselamatan, pendidikan dan orang awam. Setiap data yang dikutip dibahagikan kepada zon utara, tengah, selatan, timur, Sabah dan Sarawak. Daripada jumlah tersebut, hanya 60 responden terpilih untuk menyertai FGD. Tahap kefahaman terhadap Daesh menunjukkan hanya 79.2% sahaja rakyat Malaysia yang berjaya menjawab empat daripada sembilan soalan dengan betul. Kajian ini mendapati 90.8% rakyat Malaysia menolak, manakala 9.2% lagi menerima ideologi politik Daesh. Penolakan dan penerimaan rakyat Malaysia dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti latar belakang keluarga dan pendidikan, permasalahan peribadi dan akses ke media alternatif. Walaupun peratus penolakan terhadap Daesh dilihat besar, penglibatan responden daripada dua sektor utama negara (keselamatan dan pendidikan) merupakan satu perkara yang agak membimbangkan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Yaacob, C. M. A., Abdullah, K., & Omar Fauzee, M. S. (2019). Pengaruh Kefahaman dan Penerimaan Rakyat Malaysia Terhadap Perjuangan Ideologi DAESH. Kajian Malaysia, 37(2), 121–145. https://doi.org/10.21315/km2019.37.2.6

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free