Abstract
Artikel ini memfokuskan penerapan nilai falsafah dalam rekaan seni bina rumah Melayu Anjung Layar Sari (RMALS) di Kampung Spaoh Betong Sarawak. Bagi masyarakat Melayu yang sinonim dengan Islam, rumah adalah harta, tempat berteduh dan tempat tinggal. Sebab itu ia dibina dengan mengutamakan keselesaan, keselamatan dan kesenian, melambangkan keunikan rumah Melayu. Reka bentuk seni bina rumah Melayu banyak memanfaatkan unsur semula jadi dan berteraskan falsafah ideologi masyarakat Melayu. Rumah Melayu umumnya menepati konsep “rumah” sejagat kerana pembinaannya secara relatifnya lebih kekal. Unsur-unsur yang menentukan kemelayuan sesebuah rumah tradisional dapat dilihat pada ciri-ciri seni binanya Motif berbentuk flora, fauna, dan kaligrafi paling banyak sekali digunakan berbanding motif-motif yang lain sekaligus digunakan sebagai penanda aras identiti seni bina rumah Melayu. Data diperoleh melalui temu bual bersama informan iaitu pemilik RMALS ini sendiri. Analisis data menjelaskan keunikan bangunan rumah Melayu ini melalui pelbagai aspek seni bina kekisi cucur atap,tangga, landskap, loteng dan kayu berpasak serta penggunaan motif flora, fauna dan ayat kaligrafi yang digunakan seperti motif itik pulang petang, motif pucuk rebung dan motif batik tradisional Indonesia mempunyai penerapan nilai falsafah dan membawa makna yang tersendiri.
Cite
CITATION STYLE
Shaik Hussain, S. A., & Abd Halim, W. N. B. (2022). Penerapan Nilai Falsafah dalam Rekaan Seni Bina Rumah Melayu Anjung Layar Sari, Kampung Spaoh Betong, Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001341. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1341
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.