Pembangunan keupayaan pertahanan merupakan salah satu agenda dalam Dasar Pertahanan Negara Malaysia (DPN), pelbagai strategi dirangka dan dilaksanakan bagi memantapkan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya. Salah satu komponen yang diberikan perhatian adalah membangunkan Industri Pertahanan Negara, malah pembangunannya memperlihatkan kepada keperluannya kepada keselamatan dan ekonomi negara. Prinsip pertahanan berdikari, keperluan kepada keselamatan negara dan juga pembangunan kepada ekonomi secara amnya menjadi pemangkin kepada pembangunan Industri Pertahanan (IP) ini. Secara keseluruhannya objektif dan matlamat pembangunan IP Malaysia yang bermula sekitar 1960 an telah menjadi salah satu agenda utama kerajaan bagi keberlangsungan industri ini, malah sehingga ke hari ini usaha untuk memajukannya masih diberi perhatian oleh kerajaan bagi mencapai prinsip self-reliance yang selari dengan intipati di dalam Dasar Pertahanan Negara Malaysia. Artikel ini secara amnya akan membincangkan mengapakah keperluan dalam pembangunan IP ini sejak awal penubuhannya.
CITATION STYLE
Abd. Batau, M. F., Osman, N., & Keling, M. F. (2020). Keperluan Pembangunan Industri Pertahanan Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), 106–111. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.595
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.