Isu dan Cadangan Terhadap Penilaian Pembentangan Komunikasi dalam Kalangan Pelajar TVET: Suatu Pemerhatian Awal

  • Hamid N
  • Mohd Matore M
N/ACitations
Citations of this article
40Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang penting dalam menyampaikan idea di alam pekerjaan. Salah satu kemahiran komunikasi yang utama ialah pembentangan di mana graduan mesti bijak menyampaikan idea secara sistematik. Namun begitu, tidak banyak kajian yang memfokuskan kepada isu-isu berkaitan pembentangan komunikasi dalam kalangan pelajar Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Terdapat isu utama yang diutarakan dalam kertas konsep ini ialah isu kawalan gemuruh dan masalah keyakinan diri sehingga membawa kepada tekanan diri. Kertas konsep ini unik kerana aspek lontaran suara, dan keterampilan diri harus dibentuk dalam keyakinan diri pelajar. Kajian ini mencadangkan agar penilaian menerusi rubrik menekankan kepada aspek yang lebih pelbagai tetapi memfokuskan kriteria penting dalam pembentangan. Kertas ini perlu diberikan perhatian supaya masyarakat berubah kepada aspek keyakinan yang lebih baik dalam penyampaian maklumat. Bagi bidang TVET, kemahiran komunikasi ini menjadi satu ciri yang menonjol dan tidak dipandang sebagai pelajar kelas kedua. Cadangan penyelesaian ini boleh dikembangkan melalui usaha giat pihak institusi untuk meningkatkan lagi kredibiliti pelajar berteraskan TVET melalui semakan semula kriteria pada rubrik penilaian pembentangan komunikasi.

Cite

CITATION STYLE

APA

Hamid, N. M., & Mohd Matore, M. E. @ E. (2022). Isu dan Cadangan Terhadap Penilaian Pembentangan Komunikasi dalam Kalangan Pelajar TVET: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001359. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1359

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free