INOVASI PERMAINAN TRADISIONAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ASING

  • Abdullah A
  • Md. Salleh N
  • Noor N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
35Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Abstract:  The use of appropriate teaching and learning materials (TnL) will be able to attract students' interest in learning a foreign language that is considered difficult. Various teaching techniques and methods can be carried out by a language teacher with the help of materials to attract the interest and involvement of students in communicating using the foreign language. The aim of this study is to determine the extent to which students' attitudes and acceptance towards gamification innovation using traditional games in foreign language TnL. In this study, the researchers chose a survey research design that uses a quantitative approach through survey methods to collect information and collect data directly from respondents related to students' attitudes and acceptance of the gamification innovation from traditional game material called lingo origami in foreign language learning. This study involved 30 respondents from Japanese language students and 30 Arabic language students who took second and third level of communicative Japanese and Arabic language subjects at Universiti Pendidikan Sultan Idris. The findings of the study found positive results for the use of this innovation in foreign language TnL. The implications of this study will open up space for further research to create gamification innovations in other traditional games subtracted from local culture. Keywords: Foreign Language Teaching And Learning; Traditional Games; Communicative Arabic Language; Communicative Japanese Language; Gamification.  Abstrak: Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai akan dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran bahasa asing yang dianggap sukar. Pelbagai teknik dan kaedah pengajaran boleh dijalankan oleh seorang guru bahasa berbantukan bahan untuk menarik minat dan penglibatan pelajar berkomunikasi menggunakan bahasa yang diajar. Matlamat kajian ini ialah untuk menentukan sejauh mana minat dan penerimaan pelajar terhadap inovasi gamifikasi menggunakan permainan tradisional iaitu origami mainan jari tangan  dalam PdP bahasa asing. Dalam kajian ini penyelidik memilih reka bentuk kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan untuk mengumpul maklumat dan mengutip data secara langsung daripada responden berkaitan sikap dan penerimaan pelajar terhadap bahan inovasi gamifikasi permainan tradisional yang dinamakan “Lingo Origami” dalam pembelajaran bahasa asing. Kajian ini melibatkan 30 orang responden daripada pelajar bahasa Jepun dan 30 orang responden daripada pelajar bahasa Arab yang mengambil subjek bahasa Jepun dan Arab komunikasi tahap dua dan tiga di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dapatan kajian mendapati hasil yang positif terhadap penggunaan inovasi ini di dalam Pdp bahasa asing. Implikasi kajian ini akan membuka ruang untuk kajian lanjutan untuk mengadakan inovasi gamifikasi dalam permainan tradisional yang lain mengikut budaya setempat.. Kata kunci: Pdp Bahasa Asing; Permainan Tradisional; Bahasa Arab Komunikasi; Bahasa Jepun Komunikasi; Gamifikasi.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdullah, A., Md. Salleh, N., Noor, N., & Muhamad Romli, T. R. (2024). INOVASI PERMAINAN TRADISIONAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ASING. Asian People Journal (APJ), 7(1), 206–222. https://doi.org/10.37231/apj.2024.7.1.542

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free