Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara konflik kerja dan konflik keluarga terhadap stres dalam kalangan pekerja kakitangan awam di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Selangor, Malaysia. Soal kaji selidik yang digunakan adalah Perceived Stress Scale - 10 (PSS-10) dan Work-Family Conflict. Analisis kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara konflik kerja dan konflik keluarga terhadap stres. Kajian ini telah mengesahkan bahawa konflik kerja dan konflik keluarga mampu mempengaruhi stres dalam kalangan responden bertepatan dengan keputusan hubungan yang signifikan antara konflik kerja dan konflik keluarga dengan stres. Hasil kajian juga mendapati perbezaan yang signifikan antara konflik kerja terhadap jantina, konflik kerja dan stres terhadap pendapatan. Manakala, untuk konflik keluarga menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap jumlah bilangan anak. Berdasarkan hasil dapatan kajian, penyelidik telah membincangkan beberapa cadangan untuk kajian yang akan dilakukan pada masa hadapan.
Cite
CITATION STYLE
Hassan, M. M., Mohd Narahim, M. D. A., Md Noor, A., Mohd Khir, A., & Wan Abdullah, W. A. (2022). Perhubungan antara Konflik Kerja dan Keluarga terhadap Stres dalam kalangan Pekerja Kakitangan Awam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(2), e001282. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i2.1282
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.