Abstract
Masyarakat di Malaysia sudah sedia tertekan dengan kesan pandemik Covid-19, dan kini perlu menghadapi satu lagi fenomena dan cabaran baharu iaitu berkaitan kenaikan kos sara hidup, ekonomi global yang tidak menentu dan kadar inflasi meningkat. Cabaran ini bukan sahaja dihadapi oleh ketua keluarga semata-mata, malah turut memberi kesan mendalam kepada para pelajar di IPT. Persoalan yang timbul adalah, mampukah mereka mengharungi situasi peningkatan kos sara hidup ini? Maka kajian ini dilaksanakan bagi melihat nisbah purata perbelanjaan bulanan berbanding purata pendapatan bulanan pelajar. Kolej Komuniti Kuantan dipilih sebagai pusat pengumpulan data sampel kajian. Kaedah yang digunakan adalah melalui pengedaran borang soal selidik secara rawak dan terpilih. Hasil dapatan kajian menggunakan perisian SPSS dan Microsoft Office Excel untuk keputusan yang lebih tepat dan jelas. Hasil dapatan data menunjukkan bahawa indeks kos sara hidup pelajar di Kolej Komuniti Kuantan ialah 0.82. Ini menggambarkan bahawa jumlah purata kewangan bulanan yang dimiliki pelajar masih mencukupi dan melebihi jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan. Namun pelajar harus sentiasa beringat, kerana ekonomi dunia dijangka akan kekal tidak stabil dan kos barangan akan terus meningkat saban tahun.
Cite
CITATION STYLE
Malek, N. M. S. A., Idiris, N. R., & Zakaria, Z. (2024). Indeks Kos Sara Hidup Pelajar Kolej Komuniti Kuantan selepas Era Pandemik Covid-19. Technical and Vocational Education International Journal (TAVEIJ), 4(1), 152–159. https://doi.org/10.55642/taveij.v4i1.624
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.