Pengetahuan, Kesediaan Dan Sikap Siswa Guru Semester 8 Ambilan Jun 2017 Di IPGKIK Terhadap Pendidikan Inklusif

  • Abdul Karim A
  • Phaik Gaik L
N/ACitations
Citations of this article
8Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Siswa guru semasa tahun akhir di institut latihan perguruan mestilah mempunyai persediaan bagi menghadapi Program Pendidikan Inklusif sebelum ditempatkan ke sekolah kelak yang selaras dengan pembangunan Transformasi Pendidikan Negara. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana kesediaan siswa guru terhadap Pendidikan Inklusif. Kajian ini melibatkan 18 orang siswa guru semester 8 daripada PISMP ambilan Jun 2017 di IPG Kampus Ilmu Khas. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dalam focus group discussion. Tema utama yang terhasil melalui analisis data ialah kesediaan siswa guru dari aspek pengetahuan dan aspek sikap terhadap Pendidikan Inklusif. Data temu bual menunjukkan kesediaan pengetahuan siswa guru terhadap Pendidikan Inklusif tidak mencukupi untuk mereka melaksanakannya. Namun begitu, siswa guru bersetuju bahawa input kursus Pendidikan Inklusif telah memberi pendedahan awal dan pengetahuan asas mengenai Pendidikan Inklusif. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan siswa guru tidak bersedia untuk mengajar di kelas inklusif dan mengendalikan murid berkeperluan khas. Tetapi, kesediaan dari aspek sikap menunjukkan sikap siswa guru yang positif dan responsif terhadap Pendidikan Inklusif dan mempunyai keazaman untuk meningkatkan pengetahuan tentang pendidikan inklusif. Justeru itu, dalam melestarikan cabaran penerapan Pendidikan Inklusif kepada siswa guru ini, IPG perlulah dinamik dengan mengambil kira kehendak dan keperluan semasa transformasi pendidikan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Karim, A. A., & Phaik Gaik, L. (2021). Pengetahuan, Kesediaan Dan Sikap Siswa Guru Semester 8 Ambilan Jun 2017 Di IPGKIK Terhadap Pendidikan Inklusif. Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN. https://doi.org/10.61374/temp07.21

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free