Dakwah Interaktif Terhadap Golongan Belia Melalui Media Sosial

  • Zafri N
  • Opir H
  • Yahaya A
N/ACitations
Citations of this article
81Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Dakwah digital kini semakin diterima oleh semua lapisan masyarakat dan merupakan model utama bagi menyampaikan pengajaran Islam pada era melania ini. Penggunaan internet juga sebati dalam kalangan generasi belia yang merupakan pelapis masa depan negara. Malah, golongan milenial ini turut mendekatkan diri dengan ilmu keagamaan menerusi pendekatan dunia maya khususnya aplikasi media sosial yang kian popular. Namun, perkembangan teknologi digital dan penggunaan media sosial telah mengundang pelbagai cabaran bagi mencapai keberkesanan dakwah Islam. Oleh itu, keberkesanan dakwah interaktif wajar ditekankan bagi memastikan dan melahirkan lebih ramai masyarakat yang berakhlak dan bertamadun. Objektif kajian yang ingin dijalankan adalah mengenal pasti pendekatan dakwah interaktif yang berkesan melalui media sosial khususnya dalam kalangan belia. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan bagi mengumpulkan data primeri dan sekunder berkaitan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa beberapa pendekatan dakwah secara dua hala (interaktif) melalui media sosial adalah signifikan. Hal ini kerana ia mampu memberikan perkembangan yang efektif terhadap golongan belia dari segi ideologi, memperbaiki diri dan kecenderungan mereka untuk mendalami ajaran Islam dengan lebih baik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Zafri, N. D., Opir, H., & Yahaya, A. M. (2023). Dakwah Interaktif Terhadap Golongan Belia Melalui Media Sosial. Journal of Fatwa Management and Research, 28(2), 54–69. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol28no2.528

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free