Perkaitan Antara Gejala Ponteng Sekolah, Kelas Dan Kokurikulum Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Sebuah Sekolah Menengah Daerah Skudai, Johor Bahru

  • Yahaya A
  • Yahaya N
  • Hashim S
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
61Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara punca–punca ponteng, jenis–jenis ponteng dan jenis–jenis aktiviti yang dilakukan ketika waktu ponteng terhadap pencapaian akademik pelajar–pelajar sekolah menengah rendah. Seramai 80 orang pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 dipilih sebagai responden dengan menggunakan kaedah rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap punca–punca yang menyebabkan ponteng berada pada tahap yang sederhana dan jenis–jenis ponteng berada pada tahap yang rendah. Jenis–jenis aktiviti yang dilakukan ketika waktu ponteng adalah seperti membantu keluarga, menyertai kumpulan negatif dan jenayah berada pada tahap yang rendah manakala bekerja sambilan dan melepak berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa rakan sebaya, ibu bapa, tidak suka pada guru, tidak suka pada subjek dan kerja rumah tidak mempunyai hubungan yang signifikan manakala masalah keluarga mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Ponteng sekolah dan ponteng kokurikulum tidak mempunyai perhubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik manakala ponteng kelas mempunyai perhubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Aktiviti membantu keluarga, melepak dan menyertai kumpulan berniat negatif tidak mempunyai perhubungan yang signifikan manakala aktiviti bekerja sambilan dan jenayah mempunyai perhubungan yang signifikan terhadap pencapaian akademik. Kata kunci: Ponteng sekolah; kelas;ko–kurikulum; pencapaian akademik The purpose of this study is to identify the relationship between causes of truant, types of truant and activities done during truant against academic achievement among the lower secondary students. The respondents for this study were 80 students from form 1, 2 and 3 were randomly chosen as respondents through simple random sampling. The findings showed that the causes of truant are at the medium level and types of truant are at the low level. Activities done during truant such as helping the family, joining the negative groups, crime are at the low level and working part–time together with loafing are at the medium level. Findings also showed there is no significance relationship between friends, parents, do not like the teacher, do not like the subject and homework with academic achievement and there is significance relationship between family problem with academic achievement. There is no significance relationship between school truant and extra curriculum truant with academic achievement but there is significance relationship between class truant with academic achievement. Findings also show that there is no significance relationship between helping family, loafing and joining the negative groups with academic achievement and there is significance relationship between working part–time and crime with academic achievement. Key words: Class; co–curriculum truancy; academic performance

Cite

CITATION STYLE

APA

Yahaya, A., Yahaya, N., Hashim, S., Ramli, J., & Krishnan, V. (2012). Perkaitan Antara Gejala Ponteng Sekolah, Kelas Dan Kokurikulum Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Sebuah Sekolah Menengah Daerah Skudai, Johor Bahru. Jurnal Teknologi. https://doi.org/10.11113/jt.v54.97

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free