Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik COVID-19

  • Che Azizan S
  • Mohamad Nasri N
N/ACitations
Citations of this article
158Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pembelajaran dalam talian bukanlah sesuatu yang baru kepada guru-guru sebelum pandemik Covid-19 ini berlaku, namun kaedah pembelajaran ini hanya sebagai sokongan kepada pembelajaran konvensional yang dijalankan di bilik darjah. Apabila berlaku pandemik ini, pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) telah menjadi satu keperluan kepada para pendidik. Oleh hal yang demikian, semua guru perlu melaksanakan sepenuhnya pembelajaran dalam talian bagi menggantikan pembelajaran secara bersemuka. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan HBL semasa tempoh pandemik Covid-19. Seramai 351 orang guru di Zon Bangsar Pudu, Kuala Lumpur dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Data kuantitatif dikumpul melalui borang soal selidik berdasarkan lima skala Likert yang mengandungi 18 soalan. Hasil kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan ialah 3.70, iaitu majoriti guru memberi pandangan yang positif terhadap pembelajaran secara atas talian semasa tempoh pandemik ini. Guru-guru juga bersedia untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian dengan menggunakan modul bercetak dan bahan pembelajaran yang terdapat di internet seperti Youtube meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara cabaran yang dihadapi ialah kesukaran guru mewujudkan komunikasi dua hala dengan pelajar, kurangnya sokongan pembelajaran daripada ibu bapa dan penjaga dan kurang pengetahuan serta kemahiran guru untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak pentadbir, guru dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merancang sesi pembelajaran dalam talian kecemasan menggunakan teknologi pendidikan yang ada seiring dengan peredaran masa kini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Che Azizan, S. N., & Mohamad Nasri, N. (2020). Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik COVID-19. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 11(Special), 46–57. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.4.2020

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free