Abstract
Dalam usaha membendung penularan COVID-19, kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada semua masyarakat. Memandangkan penguatkuasaan PKP ini mengambil masa hampir enam bulan, maka kajian ini membincangkan kesannya terhadap ekonomi rakyat. Dalam menangani kesan tersebut, pelbagai pihak yang merupakan pemegang taruh di Malaysia seperti kerajaan (termasuk kerajaan negeri), syarikat korporat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), dan individu telah tampil dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan yang menjadi fokus perbincangan dalam kajian ini. Kajian ini memilih beberapa institusi dan individu sebagai contoh dalam menonjolkan peranan mereka. Pemilihan ini dibuat kerana terdapat akses yang telus mengenai mereka berdasarkan carian di internet. Kajian ini dapat menyimpulkan bahawa semua pemegang taruh di Malaysia yang terlibat sama-sama berganding bahu dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang terjejas dalam tempoh PKP akibat penularan COVID-19. In order to curb the spread of COVID-19, the Malaysian government has enforced the Movement Control Order (MCO) to all people. Since the MCO’s enforcement took nearly six months, this study discusses its impact on the people’s economy. In addressing these effects, various stakeholders in Malaysia such as government (including the state government), corporate companies, Non-Governmental Organizations (NGOs), and individuals have come forward in offering assistance and contributions which become the focus of discussions in this study. This study selected several institutions and individuals as an example in highlighting their roles. The selection is made since there is a transparent access about them based on the search on the internet. This study concluded that all stakeholders in Malaysia were involved in providing the assistance and contributions to those who are affected during the MCO period resulted from the spread of COVID-19.
Cite
CITATION STYLE
Hasbullah, N. A., & Ab Rahman, A. (2020). Peranan pemegang taruh dalam menjaga kebajikan ekonomi rakyat semasa pandemik COVID-19 dari perspektif ekonomi Islam. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 71–89. https://doi.org/10.33102/jmifr.v17i3.285
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.