PENGAMALAN BAHASA MELAYU GENERASI Z DALAM ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DARI PERSPEKTIF SOSIOKOGNITIF

  • Siti Nurul Jannah Fital
  • Junaini Kasdan
  • Siti Norayu Mohd Basir
N/ACitations
Citations of this article
36Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis tahap pengamalan bahasa Melayu dalam kalangan Gen Z di Malaysia berdasarkan perspektif sosiokognitif. Data diperoleh daripada 660 maklum balas responden yang diterima daripada soal selidik. Responden terdiri daripada Gen Z di seluruh Malaysia yang menerima undangan berdasarkan kriteria yang ditetapkan, meliputi kelompok bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Instrumen kajian yang dibangunkan khusus untuk kajian ini mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu α = .75 hingga α = .91. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 25.0. Kajian ini memanfaatkan Teori Sosiokognitif dan pendekatan sosiokognitif bagi menghuraikan pertalian antara latar sosial dengan tahap pengamalan terhadap bahasa Melayu dalam kalangan Gen Z. Secara umumnya hasil kajian mendapati tahap pengamalan bahasa Melayu Gen Z dalam kajian ini berada pada tahap yang tinggi dengan pecahan sangat tinggi 10.0% dan tinggi 50.0%. Manakala terdapat 39.0% Gen Z yang mempunyai pengamalan yang rendah terhadap bahasa Melayu dan 1.0% lagi berada pada tahap pengamalan yang sangat rendah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Siti Nurul Jannah Fital, Junaini Kasdan, & Siti Norayu Mohd Basir. (2024). PENGAMALAN BAHASA MELAYU GENERASI Z DALAM ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DARI PERSPEKTIF SOSIOKOGNITIF. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC), 12, 90–106. https://doi.org/10.58915/johdec.v12.2023.638

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free