Kaedah Pembentukan Identiti Nasional dalam Universiti Awam di Malaysia

  • Lukmanulhakim N
N/ACitations
Citations of this article
44Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Identiti nasional merupakan komponen penting dalam memupuk perpaduan antara rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti kaedah pembentukan identiti nasional di peringkat universiti awam di Malaysia. Sebuah universiti awam telah dipilih daripada 20 buah universiti awam di Malaysia sebagai tempat kajian iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian dijalankan melalui kaedah kualitatif dengan temu bual ke atas lima orang pegawai Hal Ehwal Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dapatan yang diperoleh menunjukkan kaedah pembentukan identiti nasional di universiti awam mencakupi aktiviti akademik, kokurikulum serta sahsiah. Implementasi kaedah pembentukan identiti nasional ini pula mencakupi pelbagai bahagian dalam universiti, melalui program serta kerjasama antara bahagian juga dengan institusi luar. Penambahbaikan ke atas kaedah sedia ada boleh dilakukan dengan mengambil kira keperluan mahasiswa universiti yang terdiri daripada pelbagai budaya.

Cite

CITATION STYLE

APA

Lukmanulhakim, N. N. (2020). Kaedah Pembentukan Identiti Nasional dalam Universiti Awam di Malaysia. Jurnal Peradaban Melayu, 15, 1–9. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol15.1.2020

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free