Abstraksi Objek Konkrit dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

  • Mohamed A
  • Jalaluddin N
N/ACitations
Citations of this article
33Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Peribahasa Melayu merupakan satu daripada bukti tingginya akal budi orang Melayu. Ungkapan berkias yang ringkas ini biasanya mempunyai makna yang tepat, padat serta bersifat kompleks. Dalam peribahasa, ujarannya tidak akan dapat difahami dengan hanya mengambil makna selapis atau makna harfiah. Hal ini berlaku kerana, banyak peribahasa mempunyai makna konkrit dan abstrak yang boleh dipetakan melalui domain sumber dan sasaran. Makalah ini bermatlamat untuk menjelaskan proses yang berlaku dalam minda serta menghuraikan akal budi dan falsafah di sebalik pemilihan objek peribahasa. Sebanyak 31 peribahasa yang menggunakan leksikal garam diperoleh melalui janaan daripada laman web (http://www.malaycivilization.com.my/peribahasa). Kajian ini berteraskan kerangka analisis semantik inkuisitif yang dikemukakan oleh Nor Hashimah (2014). Kombinasi data korpus, teori, kognitif, falsafah dan budaya terbukti mampu mencungkil akal budi orang Melayu. Analisis mendapati terdapat beberapa fitur yang menjadi mekanisme kepada berlakunya abstraksi makna objek konkrit. Garam diabstraksi melalui fitur makna [+murah] yang berhubung dengan makna “hina”. Garam juga diabstraksi sebagai “manusia hina” oleh orang Melayu kerana sifat “mudah lebur” objek garam. Kajian ini bukan sahaja menghuraikan abstraksi yang berlaku dalam peribahasa, malah dapat mencungkil kearifan dan kebijaksanaan orang Melayu.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohamed, A., & Jalaluddin, N. H. (2018). Abstraksi Objek Konkrit dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. Jurnal Bahasa, 18(2), 197–218. https://doi.org/10.37052/jb18(2)no1

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free