Keputusan Hakim Syarie Dalam Kes-Kes Pengesahan Hibah Ruqba

  • Azalan N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
7Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Permohonan kes pengesahan hibah di Mahkamah Syariah meliputi isu hibah ruqba. Di Mahkamah Syariah, Hakim-hakim Syarie akan membuat keputusan bagi kes-kes pengesahan hibah dengan berpandukan kepada kitab-kitab fiqh sedangkan terdapat pelbagai pendapat dalam kalangan fuqaha mengenai hibah termasuk berkaitan dengan isu hibah ruqba. Konsep hibah ruqba yang berbeza dengan kaedah asal hibah menjadi persoalan yang perlu dirungkai. Timbul juga persoalan adakah hibah ruqba dibolehkan menurut pendapat para fuqaha di samping melihat pengamalan hibah ruqba di Malaysia. Justeru, artikel ini adalah bertujuan untuk mengetahui keputusan yang dibuat oleh Hakim-hakim Syarie di samping mengetahui kecenderungan penghakiman Hakim-hakim Syarie dalam mengguna pakai pandangan fuqaha bagi menyelesaikan kes-kes pengesahan hibah mengenai isu hibah ruqba di Mahkamah Syariah. Data-data kajian ini diperoleh daripada laporan-laporan kes di Mahkamah Syariah, perbandingan mazhab dan temubual Hakim-hakim Syarie. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan pandangan daripada Hakim-hakim Syarie dalam menentukan keputusan kes-kes pengesahan hibah mengenai isu hibah ruqba seperti keputusan yang dibuat oleh Hakim Syarie yang telah meluluskan pengesahan hibah. Oleh yang demikian, dengan mengetahui keputusan Hakim Syarie dalam memutuskan isu hibah ruqba, ia dapat memberi garis panduan kepada masyarakat dan syarikat-syarikat yang menawarkan produk hibah. Kata kunci: ruqba, Mahkamah Syariah, hibah, Hakim Syarie, keputusan

Cite

CITATION STYLE

APA

Azalan, N. S., & Mohamed Said, N. L. (2016). Keputusan Hakim Syarie Dalam Kes-Kes Pengesahan Hibah Ruqba. Journal of Contemporary Islamic Law, 1(2), 91–102. https://doi.org/10.26475/jcil.2016.1.2.91102

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free