DASAR KESELAMATAN MAKANAN DI SABAH, MALAYSIA: KAJIAN KES JELAPANG PADI DI DAERAH KOTA BELUD

  • TAHIR S
  • ABD TALIP M
N/ACitations
Citations of this article
34Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Krisis bekalan makanan yang berlaku pada tahun 2008 telah memberi impak yang sangat besar kepada isu keselamatan makanan. Krisis bekalan makanan yang melanda kebanyakan negara Asia telah merungkai permasalahan akibat kebergantungan yang tinggi terhadap beras import sebagai makanan ruji penduduk. Kenaikan harga dan kekurangan beras dalam perdagangan antarabangsa telah menjadi tumpuan kerajaan untuk memastikan jaminan terhadap bekalan makanan. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah memfokuskan dasar kerajaan dalam membangunkan industri padi dan beras khususnya kawasan jelapang padi di daerah Kota Belud. Ekoran kenaikan harga beras dalam perdagangan antarabangsa, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah mengkategorikan sawah padi kepada tiga kategori iaitu K1, K2, dan K3 untuk mencari jalan penyelesaian dalam mengurangkan kebergantungan terhadap beras import. Berdasarkan matlamat dan peruntukan bagi pembangunan pertanian padi di daerah Kota Belud, hasil pengeluaran padi bagi kawasan jelapang padi dapat ditingkatkan bermula tahun 2008 hingga 2018. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa peranan kerajaan amat penting dalam menjamin keselamatan makanan sekali gus mengatasi kebergantungan import beras negara.   Food crisis that occurred in 2008 had a huge impact on food security issues. The food crisis that has plagued many Asian countries has raised concerns over high dependence on imported rice, a staple food for people. The price increases and rice deficiency in the international trade has forced the government to focus in ensuring food security. Therefore, the aim of this study is focusing on government’s policy on developing rice industry especially in Kota Belud district paddy field area. Due to rising of rice prices in international trade, Malaysia Ministry of Agriculture and Agro-based Industry, has categorized paddy field into three categories namely K1, K2 and K3 to find a solution to reduce the dependence on imported rice. Based on the goals and provisions for paddy field development in Kota Belud, production of rice can be upgraded from 2008 to 2018. The findings also show that the role of government is important in ensuring food security while at the same time overcoming the dependence on the country’s rice imports.

Cite

CITATION STYLE

APA

TAHIR, S. H., & ABD TALIP, M. (2020). DASAR KESELAMATAN MAKANAN DI SABAH, MALAYSIA: KAJIAN KES JELAPANG PADI DI DAERAH KOTA BELUD. Jurnal Kinabalu, 23. https://doi.org/10.51200/ejk.vi.2220

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free