Kajian Terhadap Pelaksanaan Bimbingan Agama Islam Di Pusat Aktiviti Saudara Baru China Muslim (MACMA) Negeri Johor

  • Marpuah S
  • Kirin A
  • Saparudin I
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
11Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

AbstrakMualaf sebagai individu yang baru mengenali Islam harus banyak belajar tentang agama Islam supaya mereka dapat memahami dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik mungkin. Kajian dijalankan untuk melihat pelaksanaan bimbingan agama Islam dalam kalangan saudara baru atau mualaf bangsa China. Kajian juga bertujuan mengetahui apakah kurikulum yang dijadikan panduan dalam bimbingan agama Islam ini. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan pendekatan temu bual, kajian lapangan dan analisis dokumen untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai kajian. Hasil kajian mendapati bahawa bimbingan agama Islam yang dilaksanakan di MACMA adalah sebanyak tiga (3) kali dalam satu minggu, dengan mempelajari subjek akidah, syariah, akhlak, Iqra dan al-Quran serta aktiviti agama yang lain. Sedangkan kurikulum yang dijadikan rujukan untuk bimbingan agama Islam di MACMA adalah menggunakan kurikulum yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Cite

CITATION STYLE

APA

Marpuah, S., Kirin, A., Saparudin, I. F., Nordin, S. R. A., Ahmad, S., & Lidinillah, Z. (2021). Kajian Terhadap Pelaksanaan Bimbingan Agama Islam Di Pusat Aktiviti Saudara Baru China Muslim (MACMA) Negeri Johor. Intelegensia : Jurnal Pendidikan Islam, 9(2), 122–136. https://doi.org/10.34001/intelegensia.v9i2.2729

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free