Abstract
Nombor integer merupakan suatu topik baharu bagi murid peralihan daripada sekolah rendah kepada tingkatan 1. Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah kit pengajaran bagi meningkatkan kemahiran murid tingkatan 1 menjalankan operasi tambah dan tolak menggunakan nombor integer dengan mengaplikasikan teori pembelajaran behaviorisme dan strategi pengajaran deduktif. Kajian ini adalah kajian Reka Bentuk Pembangunan (DDR) yang melibatkan fasa analisis, perancangan dan pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah murid tingkatan 1 dan guru matematik sekolah menengah rendah. Data telah dikutip dengan menggunakan soalan temu bual separa berstruktur bagi mendapatkan data temu bual dan set soalan penilaian untuk mendapatkan data skor penilaian murid. Data temu bual yang diperoleh dianalisis secara bertema manakala skor penilaian murid dianalisis secara statistik deskriptif dengan mengambil kira peratusan dan frekuensi skor tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan topik integer sukar iaitu topik baharu, kurang pemahaman, kekeliruan simbol dan persekitaran pembelajaran. Tambahan itu, kajian mendapati 88.47% murid mencatatkan peningkatan skor penilaian setelah menggunakan kit pengajaran dalam proses pembelajaran topik integer. Kajian ini mencadangkan penggunaan teori atau strategi pengajaran yang lain serta membuat perbandingan dengan teori behaviorisme dan strategi deduktif yang digunakan dalam kajian ini.
Cite
CITATION STYLE
Borhman, N., & Abdul Karim, A. (2023). Pembinaan dan Pelaksanaan Kit Pengajaran untuk Meningkatkan Kemahiran Penambahan dan Penolakan Nombor Integer Murid Tingkatan 1. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), e002090. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2090
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.