PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH TAMIL DI SELANGOR (PARENTS INVOLVEMENT IN SELANGOR TAMIL SCHOOL STUDENTS' ACADEMIC ACHIEVEMENT)

  • Ramalingam S
  • Maniam M
  • Karuppanan G
N/ACitations
Citations of this article
97Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pencapaian akademik pelajar di sekolah Tamil melalui model perkongsian sekolah dan keluarga. Kajian ini memfokuskan penglibatan ibu bapa kepada enam aspek utama mengikut teori Epstein iaitu aspek keibubapaan, aspek komunikasi, aspek pembelajaran di rumah, aspek membuat keputusan, aspek koloborasi dengan komuniti dan aspek kesukarelawanan yang membolehkan penglibatan ibu bapa dengan kerjasama sekolah dan komuniti luar untuk meningkatan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini melibatkan siasatan naturlistik dengan menggunakan temubual separa berstruktur ke atas empat orang guru besar dari sekolah pencapaian tinggi (Gred A) dan sekolah pencapaian rendah (Gred B) sebagai sampel kajian dan juga guru sekolah yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 15 tahun bagi kaedah kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik dan temuduga responden. Kesemua data diproses dengan menggunakan bantuan perisian program SPSS untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, skor min, korelasi Pearson dan korelasi canonical. Manakala analisis tematik digunakan untuk melaporkan dapatan temubual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar iaitu dalam aspek pembelajaran di rumah,aspek keibubapaan, aspek membuat keputusan dan aspek kesukarelawanan sahaja. Oleh yang demikian beberapa cadangan dibuat bagi mempertingkatkan penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian akademik. (This study aims to identify the importance of involvement of parents in academic achievement of students in Tamil schools through school and family partnership model. This study focuses on the involvement of parents in six main aspects of Epstein theory, parenting, communication, learning at home, decision making, community collaboration and volunteerism that enable parental involvement in collaboration with schools and outside communities in order to improve students' academic achievement. This study involved naturlistic investigations using semi structured interviews on four Grade A high achieving Tamil school teachers and low achieving Grade B schools as sample of the study and also school teachers with more than 15 years of teaching experience to collect quantitative data . Questionnaire and respondent interview were used to collect data. All data were processed using SPSS program software to obtain frequency, percentage, mean score, Pearson correlation and canonical correlation. While thematic analysis was used to report interview findings. The findings showed that there was a significant positive relationship between parents' involvement and students' academic achievement, namely in home teaching, parenting, decision-making and volunteerism. Hence some suggestions were made to enhance the involvement of parents on academic achievement.)

Cite

CITATION STYLE

APA

Ramalingam, S., Maniam, M., & Karuppanan, G. (2019). PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH TAMIL DI SELANGOR (PARENTS INVOLVEMENT IN SELANGOR TAMIL SCHOOL STUDENTS’ ACADEMIC ACHIEVEMENT). Muallim Journal of Social Science and Humanities, 308–323. https://doi.org/10.33306/mjssh24

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free