Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap aktiviti fizikal dan tahap keseronokan kanak-kanak terhadap kesan penutupan sekolah. Soal Selidik digunakan dalam kajian tinjauan ini sebagai instrumen untuk pengumpulan data. Seramai 123 responden daripada beberapa buah sekolah sekitar Pulau Pinang terlibat dalam kajian tinjauan ini. Tahap aktiviti fizikal diukur dengan instrumen soal selidik Physical Activity for Children Questionnaire (PAQ-C) manakala tahap keseronokan diukur menggunakan instrumen soal selidik Physical Activiti Enjoyment Scales (PACES). Perisian SPSS 26.0 digunakan untuk menganalisis data yang dikumpulkan untuk menilai tahap aktiviti fizikal dan keseronokan dan juga mengkaji hubungan keduanya. Dapatan kajian mendapati tahap aktiviti fizikal dan keseronokan murid semasa pandemik berada pada tahap sederhana (min = 2.37) manakala tahap aktiviti fizikal dan keseronokan murid selepas pandemik juga berada pada tahap sederhana (min = 3.08). Hubungan antara kedua pemboleh ubah ini iaitu r = 0.45, mempunyai kekuatan yang sederhana. Hasil kajian ini diharap akan membantu para guru mengetahui tahap aktiviti fizikal dan keseronokan murid dan guru dapat merangka aktiviti yang bersesuaian dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani serta pengkaji lain juga dapat menjalankan kajian yang baru.
Cite
CITATION STYLE
Kamarudin, N. A., & Amran, S. (2023). Hubungan Tahap Aktiviti Fizikal dan Keseronokan Murid Sekolah Rendah dalam Pendidikan Jasmani. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), e002333. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i5.2333
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.