Kesahan Instrumen Pentaksiran Sosioemosi Kanak-Kanak (IPSK) menggunakan Model Miller

  • Zainal Abidin A
  • Mohd Radzi N
  • Ahmed H
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
15Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kesahan item bagi pembinaan Instrumen Pentaksiran Sosioemosi Kanak-Kanak (IPSK) menggunakan Model Miller. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti kesahan item dalam Instrumen Pentaksiran Sosioemosi Kanak-Kanak (IPSK) dan mengenalpasti kebolehpercayaan Instrumen Pentaksiran Sosioemosi Kanak-Kanak (IPSK) dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch Pelbagai Faset melalui lima faset iaitu skala, bias penilai, masa, kesukaran item dan prestasi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, artikel ini menerangkan tentang kesahan di dalam proses reka bentuk Instrumen Pentaksiran Sosioemosi Kanak-Kanak (IPSK). Reka bentuk kajian pembinaan dan pengujian Instrumen Pentaksiran Sosioemosi Kanak-kanak (IPSK) melibatkan pendekatan kuantitatif. Instrumen ini dibina dengan merujuk kepada Model Pembinaan Instrumen Miller yang telah disusun semula oleh Nor Mashitah Mohd Radzi (2017) di dalam kajiannya Pembinaan dan Pengesahan Instrumen Pentaksiran Prestasi Standard Awal Pembelajaran Awal dan Perkembangan Awal Kanak-kanak. Proses kesahan telah dilalui sebelum melalui fasa kebolehpercayaan. Dalam konteks kajian ini, kesahan yang dilakukan adalah kesahan muka dan kesahan kandungan daripada barisan pakar-pakar berpengalaman. Nila Content Validation Ratio (CVR) telah dilakukan bagi menganalisis kesahan kandungan. Melalui analisis tersebut, terdapat dua item yang digugurkan kerana memiliki nilai CVR < 0.8. Oleh demikian itu, 26 item yang digunakan bagi proses kebolehpercayaan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Zainal Abidin, A., Mohd Radzi, N. M., Ahmed, H. H., & Zulkifli, P. A. M. (2021). Kesahan Instrumen Pentaksiran Sosioemosi Kanak-Kanak (IPSK) menggunakan Model Miller. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(2), 118–131. https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.2.10.2021

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free