Kesedaran Kendiri dan Pengetahuan Awal Murid Terhadap Isu-Isu Kelestarian Alam Sekitar dalam Mata Pelajaran Sejarah

  • Kaviza M
  • Bukhari N
N/ACitations
Citations of this article
33Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran kendiri dan profil pengetahuan awal murid sejarah terhadap isu-isu Kelestarian Alam Sekitar berdasarkan jantina dan aliran mata pelajaran. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara min kesedaran kendiri dan pengetahuan awal terhadap isu-isu Kelestarian Alam Sekitar. Seramai 180 orang murid tingkatan empat yang telah ditentukan berdasarkan teknik persampelan rawak terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik dan ujian yang telah diadaptasi dan disahkan kesahan kandungan dan konstruknya oleh pakar-pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha dan Kuder Richardson yang baik. Data kajian ini dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi iaitu ujian korelasi Pearson dengan menggunakan perisian pengaturcaraan IBMSPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran kendiri dan profil pengetahuan awal murid sejarah terhadap isu-isu kelestarian Alam Sekitar berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, tahap kesedaran kendiri dan profil pengetahuan awal murid sejarah terhadap isu-isu Kelestarian Alam Sekitar juga berada pada tahap sederhana berdasarkan jantina dan aliran mata pelajaran. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang signifikan secara sederhana tinggi antara kesedaran kendiri dan pengetahuan awal terhadap isu-isu Kelestarian Alam Sekitar. Implikasi kajian ini yang telah memaparkan maklumat bahawa tahap kesedaran kendiri dan profil pengetahuan awal yang sederhana terhadap isu-isu Kelestarian Alam Sekitar dalam kalangan murid sejarah telah mencadangkan kepada guru-guru sejarah untuk menerapkan elemen Kelestarian Alam Sekitar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengukuhkan keterampilan modal insan yang dihasratkan dalam kurikulum sejarah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Kaviza, M., & Bukhari, N. (2022). Kesedaran Kendiri dan Pengetahuan Awal Murid Terhadap Isu-Isu Kelestarian Alam Sekitar dalam Mata Pelajaran Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(7), e001864. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i7.1864

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free