Transaksi Jual Beli Emas Melalui Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) dalam Islam: Sorotan Literatur

  • Mohamad M
  • Yaacob S
  • Ahmad A
N/ACitations
Citations of this article
17Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Emas merupakan logam yang bernilai dan dikenali oleh orang ramai. Emas juga merupakan salah satu barangan ribawi. Islam menggariskan syarat-syarat yang harus dipatuhi apabila melakukan transaksi jual beli emas. Pada masa kini emas dijadikan produk syarikat yang menjalan sistem pemasaran berbilang tingkat atau Multi-Level Marketing (MLM). Isu yang timbul sejauh mana transaksi jual beli emas melalui pemasaran berbilang tingkat memenuhi tuntutan syarak atau sebaliknya. Satu tinjauan literatur dilakukan bagi meneliti kajian lepas yang menyentuh transaksi jual beli emas melalui pemasaran berbilang tingkat dalam Islam. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk menyoroti kajian lepas berkaitan transaksi jual beli emas melalui pemasaran berbilang tingkat dalam Islam. Analisis literatur dilakukan untuk mengenal pasti sejauh mana transaksi jual beli emas melalui pemasaran berbilang tingkat seiring dengan tuntutan syarak. Hasil sorotan literatur ini mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan transaksi jual beli emas melalui pemasaran berbilang tingkat bercanggah dengan tuntutan syarak seperti serah terima (taqabud) pembayaran wang dan penerimaan emas tidak berlaku dalam satu masa, wang wadi’ah digunakan oleh penjual tanpa kebenaran atau pembeli menetapkan syarat pinjaman wang wadi’ah yang boleh membawa kepada riba’, konsep lock price menjanjikan berlakunya urus niaga pada masa hadapan dan juga penjual menjual emas yang belum dimilikinya. Implikasinya satu kajian perlu dilakukan berkaitan dengan transaksi emas dalam MLM menurut pandangan Islam. Kata

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohamad, M. S., Yaacob, S. E., & Ahmad, A. A. (2017). Transaksi Jual Beli Emas Melalui Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) dalam Islam: Sorotan Literatur. Journal of Contemporary Islamic Law, 1(1). https://doi.org/10.26475/jcil.2017.2.1.04

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free