Israk dan Mikraj merupakan peristiwa yang tidak asing lagi bagi masyarakat Islam khususnya di umat Malaysia sebagai mengingati peristiwa penting baginda Rasulullah SAW. Ia mengandungi perjalanan rahsia yang hanya diberitakan oleh baginda SAW dalam hadis-hadisnya yang telahpun sabit. Perjalanan rahsia baginda Rasulullah SAW ini menarik perhatian perhatian hingga tersebarnya periwayatan yang palsu berkaitan dengan ini. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan menganalisis penggunaan hadis-hadis Rasulullah SAW yang diklasifikasi sebagai mardud yang digunakan oleh tenaga pengajar yang terpilih dalam sesi ceramah Israk dan Mikraj di negeri Melaka. Pendekatan metode kualitatif melalui kaedah analisis dokumentasi digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan sumber dan kedudukan hukum berdasarkan metodologi Takhrij al-Hadith dan al-Hukm ‘Ala al-Hadith. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 31 hadis Rasulullah SAW dikenalpasti digunakan dalam dua belas (12) sesi ceramah Israk dan Mikraj. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan terdapat sebanyak 48% yang digunakan dalam ceramah Israk dan Mikraj bertaraf maqbul. Manakala 33% buah hadis dinilai sebagai mardud. Kajian turut mendapati 19% hadis masih tidak dikenalpasti sumber. Kesimpulan daripada kajian ini, terdapat kepelbagaian status dan kedudukan hadis dalam ceramah Israk dan Mikraj telah digunakan. Kepelbagaian sumber rujukan merupakan salah satu kriteria dalam nilai sesebuah hadis yang digunakan.
CITATION STYLE
Abdullah, W. H. (2022). Penggunaan Hadis-hadis Mardud Dalam Ceramah Peristiwa Israk Dan Mikraj di Negeri Melaka. HADIS, 12(23), 12–24. https://doi.org/10.53840/hadis.v12i23.166
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.