PENGGUNAAN KAEDAH TITIK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB

  • Elias N
  • Rosli R
N/ACitations
Citations of this article
39Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Konsep pendaraban merupakan antara konsep asas yang paling penting dalam mata pelajaran matematik dan perlu dikuasai oleh semua murid sejak di sekolah rendah. Namun, kebanyakan  murid  tidak  memahami  bagaimana  proses  pendaraban  berlaku  dan  yang  paling sukar ialah kerana mereka tidak menghafal sifir. Justeru, satu kaedah baru diperkenalkan bagi membantu murid meningkatkan kemahiran mendarab disamping dapat menguasai fakta asas darab dengan lebih baik. Lapan orang murid tahun empat telah dipilih sebagai sampel kajian adalah dari sebuah sekolah di daerah Jasin, Melaka. Kesemua sampel adalah terdiri daripada murid yang lemah dalam pendaraban. Tinjauan awal melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan rujukan dokumen telah dilakukan pengkaji sebelum memperkenalkan kaedah titik. Sebanyak lapan kali intervensi kaedah titik selama setengah jam telah dijalankan. Data  dikumpulkan  melalui  ujian  pra, ujian  pasca dan menggunakan senarai semak pemerhatian. Hasil analisis  data statistik mendapati  bahawa  hampir  kesemua  sampel menunjukkan  peningkatan  markah  dalam  ujian  pasca. Keputusan penyelidikan menunjukkan  bahawa Kaedah Titik sangat berkesan sebagai kaedah alternatif untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dan juga dapat meningkatkan keyakinan murid ketika menjawab soalan pendaraban.

Cite

CITATION STYLE

APA

Elias, N. A., & Rosli, R. (2016). PENGGUNAAN KAEDAH TITIK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB. Proceedings of The ICECRS, 1(1). https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.699

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free