Abstract
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meneruskan pelaksanan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Walaupun negara dilanda pandemik COVID-19, proses pendidikan tetap diteruskan atas cadangan dan usaha pihak berkepentingan dalam memastikan institusi pendidikan dapat beroperasi seperti sebelumnya. Pelaksanaan PdPR dilihat memberi impak yang positif kepada pelajar, namun tidak kurang juga kesannya kepada guru yang mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan PdPR dan mengenalpasti tahap pengetahuan guru dalam pelaksanaan PdPR. Dapatan kajian diperolehi menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada 22 orang guru di salah sebuah sekolah swasta kelolaan Yayasan Pendidikan Selangor (YAPIS). Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif terhadap item-item bagi konstruk tahap kesediaan dalam pelaksanaan PdPR. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini memberi impak kepada kompetensi diri dalam melaksanakan PdPR yang dijangka berterusan walaupun sesi persekolahan bersemuka akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Dapatan kajian ini juga memberi manfaat kepada pihak pengurusan sekolah dalam merancang latihan dalam perkhidmatan bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan PdPR.
Cite
CITATION STYLE
Madzalan, J., Ilias, M. F., Jamar, A., Basir, H., & Mohd Pisol, M. I. (2022). Tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR): kajian tinjauan di salah sebuah sekolah kelolaan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS). ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 6(2), 11–18. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v6i2.60
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.