Kebolehgunaan Massive Open Online Course (MOOC) Sebagai E-Pembelajaran dalam Pengajaran Pengaturcaraan di Sekolah Menengah

  • Ahmad Shakir N
  • Adnan N
N/ACitations
Citations of this article
93Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyarankan agar guru-guru sentiasa berinovasi dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut perkembangan teknologi terkini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) amat penting bagi memastikan guru menyampaikan pembelajaran dengan berkualiti dan murid mudah memahami proses pengajaran yang berlaku terutamanya bagi matapelajaran yang melibatkan pengaturcaraan. Hal ini kerana pengaturcaraan merupakan satu pembelajaran yang sangat kompleks dan sukar difahami. Oleh yang demikian, e- pembelajaran merupakan satu kaedah pedagogi yang diperkenalkan bagi memudahkan pelajar memahami konsep pengaturcaraan dengan berkesan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kebolehgunaan e-pembelajaran menggunakan platform Massive Open Online Learning (MOOC) dalam pengajaran pengaturcaraan di sekolah menengah. Kajian ini menggunkan reka bentuk kuasi-eksperimen iaitu melibatkan seramai 60 orang sampel yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 Sekolah Kebangsaan Seri Muda. Sampel ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 30 orang pelajar daripada kumpulan kawalan dan 30 orang pelajar daripada kumpulan rawatan. Kajian mendapati kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan mempunyai pengetahuan sedia ada pada tahap sederhana. Manakala hasil ujian t menunjukan terdapat perbezaan min yang signifikan pencapaian ujian pra dan pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan e-pembelajaran MOOC dapat meningkatkan tahap pengetahuan pelajar walaupun hasil dapatan t-test menunjukan perbezaan peningkatan ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan hanya sedikit.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ahmad Shakir, N. S. B., & Adnan, N. H. B. (2020). Kebolehgunaan Massive Open Online Course (MOOC) Sebagai E-Pembelajaran dalam Pengajaran Pengaturcaraan di Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(6), 33–41. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i6.429

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free