Kemahiran Asas Kod Tangan Bahasa Isyarat Berbantukan Aplikasi Mobil Augmentasi Realiti bagi Pelajar Masalah Pendengaran dan Masyarakat Umum

  • Mamat M
  • Suhaimi S
N/ACitations
Citations of this article
19Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2017 melaporkan seramai 34280 orang rakyat Malaysia menghadapi masalah pendengaran manakala seramai 2355 orang menghadapi masalah pertuturan. Ini menunjukkan keperluan dan kemudahan untuk masyarakat bekeperluan khas perlu diambil serius. Cabaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu memberikan kemahiran asas kepada penggunaan bahasa isyarat kepada pelajar masalah pendengaran dan pertuturan serta masyarakat umum. Mari Belajar Bahasa Isyarat adalah aplikasi mudah alih yang dibangunkan untuk membantu dan mengalakkan pelajar masalah pendengaran dan pertuturan serta masyarakat umum untuk mempelajari serta membantu memudahkan pengguna mengingat kod bahasa isyarat tangan dengan betul. Aplikasi ini telah dibangunkan bersama modul Mari Belajar Bahasa Isyarat yang mengandungi gambar dan warna yang menarik. Modul ini juga dilengkapi dengan Augmented Reality (AR) supaya pengguna dapat melihat objek secara maya. Aplikasi mudah alih ini juga mempunyai antaramuka yang mudah dipelajari, ringkas dan interaktif. Model ADDIE digunakan bagi pembangunan aplikasi ini. Pendekatan kajian kuantitatif digunakan yang melibatkan seramai 30 orang responden yang terdiri daripada 4 kategori umur iaitu 6-18 tahun,19-30 tahun,31-40 tahun dan 41 ke atas. Hasil kajian menujukkan lebih daripada 80% pengguna bersetuju aplikasi yang dibangunkan bersama modul pembelajaran ini memberi manfaat kepada masyarakat dalam mempelajari kemahiran asas bahasa isyarat.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mamat, M., & Suhaimi, S. (2021). Kemahiran Asas Kod Tangan Bahasa Isyarat Berbantukan Aplikasi Mobil Augmentasi Realiti bagi Pelajar Masalah Pendengaran dan Masyarakat Umum. Journal of ICT in Education, 8(3), 117–125. https://doi.org/10.37134/jictie.vol8.sp.1.9.2021

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free