Al-Ahkām Al-Sultāniyyah By Ali bin Muhammad Al-Māwardi (2006)

  • Ahmad M
N/ACitations
Citations of this article
21Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Sains, Masyarakat dan Agama oleh Mohd. Yusof Hj. Othman diselenggara oleh Abdul Salam Yussof. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2009, 274 hlm. Buku ini mempunyai dua belas bab yang secara umumnya membincangkan beberapa isu sekitar sains, agama dan masyarakat sesuai dengan tajuknya. Dalam membincangkan dan menghurai isu-isu tersebut satu persatu, penulis membawakan hujah, maklumat dan data ilmiah melalui persembahan dan gaya bahasa yang cukup mudah difahami oleh setiap lapisan pembaca dan menarik untuk dibaca. Dalam bab pertama, penulis mengajak pembaca melihat sejarah perkembangan sains dan teknologi secara sepintas lalu. Tujuannya adalah untuk meyakinkan pembaca bahawa sains dan teknologi bukanlah warisan tamadun Barat semata-mata. Sebenarnya, sains dan teknologi telah bermula dengan kelahiran manusia di atas muka bumi ini. Manusia diberikan kemampuan untuk mengurus alam, mampu untuk memahami tabii alam dan mampu berkreatif dan berinovasi berbanding dengan makhluk lain. Dengan kata lain, sains dan teknologi tidak terpisah daripada manusia sejak ia dilahirkan. Kerana itu, sains dan teknologi berkembang seiring dengan pembangunan manusia sehingga ke hari ini. Proses dan evolusinya berterusan sehingga pelbagai pencapaian dapat dinikmati; ilmu sains dan teknologi terus berkembangan. Di samping itu, sains dan teknologi perlu dikuasai. Dalam bab pertama ini juga penulis menekankan bahawa, sejarah pembangunan sains dan teknologi pada masa silam selalunya dicorakkan oleh bentuk kepercayaan umat dan kepimpinan negara dalam membina tamadun waktu itu. Contoh yang dapat dilihat hingga ke hari ini ialah piramid yang dibina lebih daripada 3000 tahun sebelum Masihi pada zaman Firaun,

Cite

CITATION STYLE

APA

Ahmad, M. H. (2018). Al-Ahkām Al-Sultāniyyah By Ali bin Muhammad Al-Māwardi (2006). Ulum Islamiyyah, 23, 115–127. https://doi.org/10.33102/uij.vol23no0.13

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free