Abstract
Halal dan haram merupakan satu konsep berkembar yang menjadi fokus penting bagi umat Islam. Ianya disebabkan oleh perkembangan semasa industri halal yang semakin pesat, di samping kecenderungan masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dikategorikan sebagai “halal”. Hasilnya, pemain industri dan pengguna sangat fanatik terhadap istilah halal atau seumpamanya dalam pembuatan, penyediaan mahupun pembelian sesuatu produk makanan dalam kalangan pengguna. Lantaran itu, perbahasan tentang konseptual halal perlu diperincikan lagi untuk memastikan aktiviti yang dilakukan sentiasa dalam kerangka perintah syarak. Dalam erti kata lain, aktiviti tersebut bersifat Syariah compliance. Oleh itu, kajian berpandukan data perpustakaan dan dokumen ini akan menganalisis konsep sebenar halal menurut kerangka hukum Islam melalui analisis induktif dan deduktif terhadap data-data yang diperoleh. Hasilnya kajian mendapati halal boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu halal mutlak dan halal tidak mutlak yang merangkumi elemen-elemen makruh. Meneliti kedudukan makruh sebagai halal tidak mutlak, masyarakat Islam sebenarnya hanya dituntut untuk melaksanakan halal yang mutlak, dalam masa yang sama diberikan keringanan bagi melakukan aktiviti halal tidak mutlak. Halal and haram are two concepts that Muslims pay close attention to. This is caused by the halal industry's present rapid development, as well as the community's proclivity for "halal" activities. As a result, industry players and customers are quite zealous when it comes to using the phrase halal or anything similar in the manufacture, preparation, or purchasing of food. As a result, the debate over the definition of halal needs to be clarified in order to ensure that all actions are conducted in accordance with Islamic law. In other words, this is a Shariah-compliant behaviour. As a result, through inductive and deductive examination of the data acquired, this study based on library data and documents will examine the genuine meaning of halal in the context of Islamic law. As a result, the study discovered that halal may be classified into two types: absolute halal and non-absolute halal which includes makruh ingredients. Examining the position of makruh as non-absolute halal, the Muslim community is actually only required to implement absolute halal, at the same time given relief to perform non-absolute halal in their activities.
Cite
CITATION STYLE
Md Ariffin, M. F., Rosele, M. I., & Harun, M. S. (2023). Konsep Al-Karahah Dalam Kerangka Pemakanan Halal Menurut Hukum Islam. Journal of Muwafaqat, 6(2), 120–132. https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v6i2.151
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.