Aspek Kolaborasi dalam Melaksanakan Rancangan Pendidikan individu (RPI) dengan Membina Sahsiah dan Kerohanian Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK)

  • Mohamad Napis M
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
19Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kolaborasi guru dalam membina sahsiah dan kerohanian Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) adalah penting semasa melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi membentuk perwatakan MBPK dan identiti yang baik. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji aspek kolaborasi guru dari segi kemahiran, penerimaan dan alat bantu di sekolah rendah dan menengah untuk membina karakter MBPK berpandukan Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Reka bentuk penyelidikan adalah berdasarkan pendekatan kuantitatif melalui tinjauan secara rawak. Pengumpulan data melalui soal selidik dilakukan untuk mendapatkan maklumat demografi responden, serta data tentang aspek kolaborasi guru. Seramai 153 orang guru sekolah rendah dan menengah di daerah Larut, Matang & Selama, Perak, Malaysia terlibatdalam kajian sebagai responden kajian. Data yang dikumpul telah diproses dan dianalisis menggunakan pakej statistik untuk sains sosial (SPSS) melalui kekerapan, min, sisihan piawai, dan ujian Maan-Whitney Ubagi mencari perbezaan pembolehubah dengan jantina. Kajian mendapati aspek kolaborasi guru dari segi kemahiran, penerimaan dan alat bantu guru dalam kalangan guru adalah tinggi. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan positif antara aspek kolaborasi iaitu kemahiran dan penerimaan guru dengan alat bantu guru. Selain itu, dimensi kerjasama guru didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kemahiran dengan penerimaan serta alat bantu yang digunakan guru. Justeru, dapatan kajian jelas menunjukkan kepentingan mengamalkan aspek kolaborasi antara guru dalam mempengaruhi penerimaan guru dalam membina sahsiah dan kerohanian MBPK.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohamad Napis, M. Z., & Khairuddin, K. F. (2023). Aspek Kolaborasi dalam Melaksanakan Rancangan Pendidikan individu (RPI) dengan Membina Sahsiah dan Kerohanian Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Advances in Humanities and Contemporary Studies, 4(2), 36–46. https://doi.org/10.30880/ahcs.2023.04.02.005

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free