Penerapan Model RESPECTFUL dalam Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital bagi Kursus Kaunseling Pelbagai Budaya

  • Samsu Zaman @ Taufiq N
  • Khairulamin N
  • Md Ibharim L
N/ACitations
Citations of this article
43Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Bagi mengatasi cabaran pendidik untuk menghasilkan generasi muda yang mempunyai fikiran aras tinggi, berdaya saing, dan kompeten dalam pendidikan berteraskan teknologi, bidang pendidikan memerlukan lebih banyak inovasi. Kertas konsep ini membincangkan tentang pembelajaran berasaskan permainan dalam kursus Kaunseling Pelbagai Budaya menggunakan model RESPECTFUL. Objektif kertas konsep ini ialah untuk membina sebuah kerangka konsep bagi pembangunan aplikasi permainan yang akan digunakan oleh kaunselor pelatih sebagai alat bantu belajar. Kajian perpustakaan telah dilakukan dan artikel serta jurnal telah dianalisis bagi mendapatkan rujukan yang berkaitan. Sebuah kerangka konsep telah dicadangkan bagi membina sebuah aplikasi permainan yang akan digunakan oleh kaunselor pelatih sebagai alat bantu belajar untuk mengetahui tahap penerimaan terhadap bakal klien yang datang daripada pelbagai kelompok budaya yang unik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Samsu Zaman @ Taufiq, N. F., Khairulamin, N. A., & Md Ibharim, L. F. (2020). Penerapan Model RESPECTFUL dalam Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital bagi Kursus Kaunseling Pelbagai Budaya. Journal of ICT In Education, 7(1), 1–8. https://doi.org/10.37134/jictie.vol7.1.1.2020

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free