Kesan Ketiadaan Literasi Digital ke Arah Salah Laku Seksual dalam Kalangan Remaja Muslim di Malaysia

  • Wan Ismail W
  • Baharuddin A
  • Abdul Mutalib L
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
24Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penguasaan terhadap literasi digital amat penting dalam dunia yang semakin berkembang kini dan diperlukan khususnya dalam penggunaan teknologi. Ini kerana, literasi digital merupakan salah satu aspek yang sangat diperlukan pada masa kini kerana ia merupakan kebolehan seseorang menggunakan teknologi dengan baik dan betul. Walau bagaimanapun, kesan terhadap ketiadaan literasi digital khususnya dalam kalangan remaja boleh memberi natijah yang sangat besar dalam kehidupan mereka. Tanpa penguasaan literasi digital yang baik boleh membawa mereka terlibat dengan perkara yang tidak sepatutnya seperti salah laku seksual. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan kepentingannya dalam kehidupan seseorang dan kesan terhadap ketiadaan literasi digital ke arah salah laku seksual dalam kalangan remaja. Bagi kajian ini, penyelidik telah menggunakan pendekatan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan kaedah temu bual separa berstruktur dengan beberapa pusat perlindungan di Malaysia. Data-data yang diperoleh ini kemudiannya dianalisis secara tematik dan disokong oleh kajian lepas. Hasil kajian menunjukkan, literasi digital sangat diperlukan dalam kehidupan seseorang ketika menggunakannya teknologi digital kerana ia merupakan salah satu kemampuan untuk memahami dan menggunakan teknologi dengan baik. Ketiadaan literasi digital khususnya dalam kalangan remaja boleh membawa kesan kepada  berlakunya salah laku seksual seperti mudah terdedah kepada aktiviti zina, membolehkan akses kepada bahan lucah, pergaulan bebas di media sosial dan perkhidmatan telefon bimbit dilihat lebih penting berbanding perkara lain. Diharapkan kajian ini dapat memberi pendedahan awal terhadap kepentingan literasi digital dan kesan ketiadaannya ke arah salah laku seksual remaja Islam di Malaysia.

Cite

CITATION STYLE

APA

Wan Ismail, W. A. F., Baharuddin, A. S., Abdul Mutalib, L., Mamat, Z., Hashim, H., Syed Husin, S. N. M., & Alias, M. A. A. (2023). Kesan Ketiadaan Literasi Digital ke Arah Salah Laku Seksual dalam Kalangan Remaja Muslim di Malaysia. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 91–107. https://doi.org/10.53840/ejpi.v10i1.97

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free